My Blog List

Monday 11 July 2011

psychology islam vs psychology barat

lyas Ba-Yunus dan Farid Ahmad (1985) mengatakan bahawa Ibn Khaldun adalah orang yang memperkenalkan sains sosial (cIlm al-cumran), iaitu sekitar tahun 1377. Antara cabang sains sosial adalah psikologi dan sarjana-sarjana Islam adalah antara orang yang paling awal membuat kajian dalam bidang ini. Antara sarjana-sarjana Islam yang dimaksudkan ialah Ibn Sina, Al-Ghazali dan Al-Farabi. Ibn Sina dalam bukunya, Al-Shifa’, ada membincangkan akal, kewujudannya, hubungan akal dan tubuh, perasaan dan persepsi (Husain t.th.).
Menurut Ibn Sina, jiwa manusia mempunyai kemampuan secara teori dan praktikal yang membentuk kecerdikan atau kecerdasan minda. Menurutnya lagi, jiwa itu sendiri boleh mencapai idea yang tidak disedari oleh seseorang melalui perasaan, imaginasi dan anggaran. Beliau menganggap kebolehan tersebut sebagai faktor utama kepada tingkah laku (Husain t.th.).
Menurut Abdul Hameed Al Haslimi (1984) dari Universiti King Abdul Aziz, Al-Ghazali adalah orang yang mula-mula memberi istilah kepada kajian akal atau kelakuan manusia lima abad sebelum Rodold J. Clenues menggunakan istilah yang sama (psikologi). Al-Ghazali juga mengkaji hampir kesemua aspek dalam psikologi (Husain t.th.).
Al-Ghazali menyatakan bahawa jiwa adalah suatu entiti spiritual yang mengawal fungsi fizikal dan organik manusia serta menguasai deria untuk menjalankan keperluan-keperluan badan (Husain t.th.). Walau bagaimanapun, ilmu-ilmu yang diperkenalkan oleh sarjana-sarjana Islam ini telah dikembangkan oleh cendekiawan Barat tanpa memberikan kredit kepada pengasas ilmu tersebut.
Habibah dan Noran (1997) menyatakan bahawa dari perspektif Islam, personaliti dimaksudkan sebagai sahsiah atau secara umumnya akhlak. Menurutnya lagi, faktor-faktor lain yang dianggap penting dalam perkembangan personaliti manusia ialah hubungan manusia dengan Allah s.w.t., interaksi roh dan jasmani serta peranan akal.
Personaliti boleh dibahagikan kepada dua iaitu akhlak terpuji dan akhlak tercela. Manusia yang berakhlak atau mempunyai personaliti positif menurut perspektif Islam adalah manusia yang melakukan kebaikan dan menyerah diri secara total kepada Allah (Mohd Nasir 1992). Sarjana-sarjana Islam melihat bahawa perspektif baru dalam psikologi di bawah pengaruh Al-Quran dan hadith boleh mengisi lompang kekosongan dan mempengaruhi perubahan sosial untuk kebaikan manusia dan masyarakat (Husain t.th.).
Islam berpendapat, pengajian berkenaan jiwa manusia merupakan aktiviti saintifik yang berguna dan patut digalakkan sepertimana ilmu pengetahuan yang lain (Abdul Hamid 1989). Menurut Abdul Hamid (1989), penyelidikan mengenai diri manusia ternyata merupakan jalan paling singkat dan paling pasti kepada mempercayai Tuhan. Ini berpandukan maksud ayat-ayat dari Al-Quran berikut:
“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar” (Al-Quran: Al-Fussilat: 53)
“Dan di bumi ini terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin, dan (juga) pada dirimu sendiri” (Al-Quran: Al-Dhariyat: 20-21).
Sesetengah ahli psikologi berpendapat bahawa psikologi telah menjadi sains yang kekurangan subjek utamanya, iaitu jiwa (Fromm, 1950). Hassan Langgulung (1986) menyatakan bahawa kesemua mazhab psikologi dari Barat tidak mengkaji jiwa tetapi sebaliknya berat kepada kajian tingkah laku. Menurutnya lagi, dari mana asal dan bagaimana bentuk jiwa tidak dikaji oleh ahli psikologi barat. Menurut Mahyudin Yahaya (1986):
Berbeza daripada pemikiran dan falsafah sejarah moden yang berbentuk sama ada empiris, material atau spiritual semata-mata, pemikiran dan falsafah sejarah Islam adalah hasil gabungan daripada ketiga-tiga aspek tersebut dalam bentuk bersepadu, dan dengan mengambil kira unsur-unsur teologi dan metafizik (hlm. 64).
Namun, jika ilmu psikologi Barat diketepikan keseluruhannya, mungkin juga sebahagian daripada warisan Islam itu sendiri akan hilang (Malik Badri 1980) kerana kebanyakan ilmu tentang kejiwaan diceduk dari hasil pemikiran sarjana-sarjana Islam seperti Ibn Sina dan Imam Al-Ghazali

Friday 8 July 2011

sari ayu seayu wajahmu



alhamdulillah,,siap sudah kuih utk resepi hari ini..
tapi sygnya,,aku lupa mana aku cilok ini punya resepi..apa apa pun,,terima kasih kepada yg sudi berkongsi !

nie bahan bahan yg digunakan utk mengayukan kuih sari itu ..heee :

-5biji telur
-250gm gandum
-300gm gandum
-1camca teh baking powder
-2 camca teh ovallete
-250ml santan
-pewarna hijau
-pandan sedikit(ada yg guna paste pandan)
-kelapa putih + garam + tepung jagung

bila dah siapkan semua bahan atas meja,,so ayuh kita mulakan dgn bismillah..
-panaskan kukusan.
-pukul telur,gula,ovallete hgga kembang dan gebu.
-masukkan santan,tepung gandum,baking powder,paste pandan dan pewarna.
*masukkan satu persatu,,tak payah gelojoh sebab "mereke" ini tidak punya roda dan kaki utk berlari.
-kacau lagi hgga sebati
-sapu sedikit minyak pada acuansupaya nanti  bila dah masak die tak brape melekit.
-masukkan kelapa parut yg dah dicampur dgn garam dan tepung tadi kedasar acuan.
-tkan dan mampatkan die
-masukkan adunan.,biasanye sesudu lebih je..
-kukus selama 15-20 minit.
-bila dah masak,,sejukkan dahulu baru dibuka acuannya..*supaya kelapa yg didasar acuan tidak berderai
-sedia dihidang utk sarapan pagi atau minum petang >

ALHAMDULILLAH ~

Monday 4 July 2011

butter sunquick orange ~


wahh,,byknye sekaligus aku update blog hari nie..mmg free sgt,,bila dh lama tak on..

actually aku just google resepi utk buat kek butter je..then bila dah jumpa yg mana berkenan n masuk akal,,mula la aku menyalin salin menggunakan pen PILOT kesayangan aku nie..

1 1/2 cawan gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh sodium bicarp
1/2 cawan butter
1/2 cawan gula biasa
1 sudu the esen vanilla.
1/2 cawan susu segar
2biji telur

*oleh kerana aku punya anak menakan yg ramai,,jadi aku pun ingin menarik minat depa semua,,then aku tmbahkan sunquick oren ke dlm bahan bahan td..


CARA CARA

-ayak gandum,serbuk penaik,sodium bicarp =3 X
*ayak dgn penuh kesabaran dan kelembutan moga keihlasan akan terasa di kek yg bakal kita buat nnti.insyaAllah..
-panaskan oven 170 celcius,
-sediakann pembakar pukul gula 7 butter hgga kembang.
*tapi jgn plak bg hidung korg yg kembang!!!
-masukkan telur satu persatu,,pukul hgga kembang juga.
masukkn esen vanilla,gandum selang seli dgn susu segar/
*korang tau kan knpa kena taruk esen vanilla??sebab kita nak bg hilang bau hanyir telur tue td..
-kemudian bakar didalam pembakar.
*an addition utk sunquick tue aku letak oren sunquick atas adunan plng atas..
erm korg paham kann??

-bila dah masak biarkan selama 5minit,dlm oven..
-then baru kuarkan..ini memang dah petua utk masak kek..

erm,,mcm mood dah hilang je,,takpela..doakan korg selamat berjaya.sekian~

pumpinks pumpinks !!!

oleh kerana nak menghabiskan labu labu yg masih byk didapur rumah aku,,ada kawan yg suggestkan aku utk proposed buat BINGKA LABU..oleh kerana die yg suruh aku buat benda yg aku tak penah makan jadi aku mintak je resepi tue dr die..

pastu aku tgk macam simple je cara cara die..so semangat pon lagi berkobar kobar..yela kan,,benda senang sape yg tanak buat..

korang kena cuba resepi nie,,memang superb la aku cakap..aku yg tgh puasa rini tak tertahan tahan rasa nak try bingka yg aku buat nie..

perghh,,bila dh bukak puasa mghrib tue,,wahh mmg berbaloi penntian aku..cukup segala gala nya resepi yg diberi..mmg lemak,,manis yg ok,,rasa labu yg direbus tue..wah nanti nak suruh ayoh aku beli labu lagi la..nak buat and nak bg kat jiran jiran plak..

cewah!!!

so nie bahan bahan yg diperlukan :
5biji telur
200ml air
300ml sanatn pekat (pati )
200gm gandum
180gm gula
1/2 camca teh garam
1 camca esen vanilla
450gm labu manis (separuh lebih kurang ),rebus @kukus kemudian lecekkan die..
1sudu besar butter =sebagai tambahan sebab dlm peti mcm byk sgt butter..

cara cara due senang je..
-mula mula baca bismilallah..
-blender labu rebus bersama air,gula,santan,garam,esen vanilla sampai halus.
*pastikan semua mengikut sukatan tau.!!!
-masukkan telur & tepung dan butter.
*korang kena ingt telur bila dipukul dia akan mengembang,,so memandangkan adunan ini agak banayk kerana blender yg saya guna adalah tersgt kecik jadi sy terpaksa bahagikan kepada dua adunan..
-kemudian korng blend smpai sebati.
tuang dlm loyang yg dah disapu minyak.
*kalau boleh guan la loyang yg ada bulat kat tgh tue..alamak,,lupa plka aku apa nama org pggil die..
-tabur bijan utk hiasan dan rasa tambahan
-baked at 200'celcius about 40 minutes.
-then,SELESAI !!!

CHOCOLATE CHIPS COOKIES ~


BAHAN BAHAN

113gm mentega
105 gula perang
50gm gula
1 biji telur
1 camca esen vanilla
130gm gandum
30gm serbuk koko
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
260gm chocolate chips
badam = tambahan sahaja..


CARA PENYEDIAAN

-satukan mentega & gula = pukul sehingga 4-5 minit.
-masukkan telur & esen vanilla hingga sebati.
-ayak tepung bersama koko + baking powder + baking soda.
-masukkan tepung sikit demi sikt kedlm mentega kemudian masukkan telur.
-jgn lupa chocolate chips kita kena dimasukkan dan gaul bersama sama tapi dgn gerak gaya yg sopan..
-sudukan membentuk adunan
-bakar dlm oven dgn suhu 170"celcius selama 10-15 minit..

*bila dah dikeluarkan dr oven,,jgn terus bukak biskut dr bekas acuan yg panas kerana bimbang akan patah.jadi biarkan sekejap dlm minit bru ambil dan smpan kedlm bekas kedap udara.

*jgn jugak menggunakkan acuan yg masih panas utk meletakkan adunan yg seterusnya kerana bimbang cookies tidak mnjadi..

SELAMAT MENCUBA !!

Sunday 3 July 2011

puding rose laici ~

assalamualaikum..

disebabkan laptop yg kebengenan setelah aku memasukkan berbagai bagai virus kedalamnya,,dan akhirnya die mematikan diri tanpa dpt disedarkan..aku dgn muka selamba tapi hati gelabah membawa sejenis ubt yg dinamakan windows 7 dan mengistall balik laptop aku..disebabkan itulah aku tdk dapat menatap dan menekan nekan keypad ini utk beberapa hari..owh rinduuu !!

oleh kerana kebosanan sebab laptop takde takleh nak online jadi aku masuk dapur bukak peti and nampak satu kotak agar agar NONA..

so,,dgn mata aku yg kelihatan nakal pada waktu itu menjeling jeling kearah periuk utk memasak agar agar ini..


kemudian aku memulakan step2 berikut..memasukkan sekotak agar agar ( TAPI JGN MASUK DGN KOTAK2 PLAK,,NAYA !! ) bersama sama dgn 200ml air..

dgn rajinnya aku mengacau dan kacau sehingga la ia mendidih dan kemudian aku ambik bekas dan kemudian aku sendukakn kedalam bekas itu dan kemudian,,hadoii,,brape byk kemudian nie derr..

last last aku taruk laici dlm tin kedalam bekas tue..disebabkan agar agar tue masih lagi cair,,time aku masukkan laici tue die akan bunyi ,,PLUPPP !!

ha,,kalau tak bunyi kena ulang ulang buat sampai bunyi ..( just kidding !!) hee

kemudian taruk dalam peti utk sejukkan die..

bila dah sampe time hi tea,,aku bukak peti tgk dah habis...


HADOIIII,,AGAIN.!!!ABG AKU MAKAN SAMPAI LICIN..

tapi nasib baik aku sempat sanap dulu..hee,,jadi nie lah hasilnya..

Wednesday 29 June 2011

pudding milo steamed !!!

assalamualaikum warahmatullah..buat semua semua sahabat semoga sentiasa didalam rahmat Ilahi..

skerang nie,,aku dah buat tagline utk diri aku sendiri..

SATU HARI SATU RESEPI !!!

wah,,ayat tak leh blah kannn..aku pon tak tau la bpe lama aku akan berpegang dgn tagline nie..tapi aku akan cuba sementara aku didlam mood yg tersngt la rajin utk ke dapur..

eh eh rajin tue memang la rajin,,tapi rajin ke dapur tue buat hape??makan or cooking ??owh God,,aku tak tau nak jawab pe..heee ~

eh cakap byk plak aku nie,,nie ha nak cerita hari nie aku buat puding milo kukus..benda nie simple je jugakk..

alamak,,mana plak buku resepi aku nie??hadoiii,,sat naa!!!

ha,,nie dia..

1 cwm milo
1cm susu segar (tak kesah la korang nak guna cap apa)
1/2 cwn gula perang
2 biji telur
1 sudu esen vanilla

-mula mula preparekan pengukus.jerang air.
-sediakan bekas tahan panas utk puding.
-korang ambik semua bahan bahan diatas kecuali telur 2 biji tue,,.kisarkan mereka mereka ini bersama sama.
bila dah agak agak hancur kesemua bahan,,stop la blender tue and KETEPIKAN..!!
-dlm bekas lain,pukul telur perlahan lahan tapi jgn sampai berbuih..wlaupun buih itu kelihatan cantik tapi demi keenakan puding korang buih buih itu tidak diperlukan..
-kemudian satukan telur dgn bahan kisaran dan kacau sebati
-TAPIS
-tuang kedalam bekas tapi sebelum letak ke dalam pengukus,,korang tutup puding td dgn aluminium.
-lastly,korang buat alarm jam korang selama 30-40 minit.
-dah masak !!!

tapi port yg paling sedih aku tak sempat nak snap gambar puding yg dah siap tue,,tau pasai pa??pasai lepas aku buat aku tertido,,then bile dah bgun2 tgk bekas yg berisi puding milo td sudah siap berbasuh oleh abg kesayanganku..arggghh..aku tak sempat merasa !!!!

nie gambar yg aku snap before puding tue masak.


Tuesday 28 June 2011

cupcakes ~

terima kasih yg tak terhingga kpd kementerian pelajaran malaysia yg "baik hati" memberikan aku cuti yg tersangat lah panjang..

jadi,,nak dipendekkan cerita..uk menutup segala kebosanan yg melanda..aku mencuba menjadi seorang surirumah yg berjaya .

tau mana aku pergi berguru??of course la with my beloved mother !!

apa pon ini la part yg paling syok aku penah buat..belajar masak berbagai bagai resepi..and hari nie aku cuba utk try the next recipe..

nurul ain abdullah'cupcakes.perghh,,nama mmg terbaik !!

actually aku dapat recipe nie dah lama dr kawan aku yg aku syg sgt nie..tapi dh mmg aku tak penah nak masuk kedapur so recipe2 yg dibagi olehnya aku pandang sepi je..

dek kerana syakan kawan + + + + aku mmg dah busan..dgn memggunakakn segala stok stok makanan yg ada kat dapur..maka bermulalah..situasi yg amat menggetirkan..wink wink !!

bila dah kaji punya kaji,,benda nie tersangat lah simple..

butter 120g
gula ( blended ) 80g
flour ( sifted ) 200g
4 eggs
2 tsp baking powder
vanilla essence.

ambik je brg2 yg ada dalam stok makanan korang!!

time memula nak buat mmg terpinga pinga..manas satu nak start nie..arghh,,mmg kelakar yg amat sgt..keke !! padahal kawan aku nie dah siap bg cara satu persatu dah pon..

cara2 dia sama je. beat butter n sugar, some vanilla esence sampe kembang, then add telur one by one. then fold in the flour and baking powder. Spoon into the paper cups then bake at 170'c for about 10-13 minutes.

hehehe,,see..memang senang je kannn??tapi aku plak yg gelabah semacam..nak dipendekkan lagi cerita,,bila dah siap kesemuanya maka baru lah hatiku berhenti berdetup detup sebab aku berjaya jugak sahut cabaran diri aku sendiri..heeee..

nie je gmbar yg sempat aku snap,,almaklum la..budak baru blaja..bila time nak snap pictue bila time nak pukul telur kann..heee





disebabkan piping aku punya hilang tang tang tue jugak so terpaksa la letak buttercream tue dgn spoon je..sebab tue nmpak mcm comot sikit..kann??

and lastly,,bila time aku nak makan tetiba ada plak oreo kat depan mata..ha apa lagi aku pon pacak je la atas kek tue..

btw,,thanks utk kawan aku nurul ain abdullah !!!!